Sunday, May 16, 2010
-PuLaU ReDaNg-
Pulau Redang terletak kira-kira 45 kilometer daripada pesisiran pantai Kuala Terengganu, amat terkenal dengan kecantikan flora dan fauna - terutama hidupan lautnya - yang berjaya menarik ribuan pelancong setiap tahun. Pulau Redang bukan sahaja pulau yang terbesar milik kerajaan Terengganu, keindahan semulajadi seperti pasirnya yang putih bersih, hutannya yang hijau tidak terusik serta lautannya yang biru jernih kekristalan sudah pasti akan memahat memori yang terindah kepada mereka yang melawati pulau ini.
Pantai di Pulau Redang
Sebagaimana Pulau Redang dikatakan sebagai sebuah pulau, jadi salah satu tarikan utama tentulah pantai-pantainya. Pulau ini mempunyai dua pantai yang menjadi daya tarikan utama kepada pelancong, iaitu Pantai Pasir Panjang (juga dikenali Long Beach kepada para pelancong) dan juga Teluk Dalam Kecil.
Pasir Panjang - dinamakan sempena pantainya yang panjang, berukuran kira-kira 800 meter - terletak di pesisiran timur pulau ini. Manakala Teluk Dalam Kecil pula boleh dijumpai di sekitar teluk-teluk kecil di bahagian timur laut pulau tersebut - berdekatan dengan Berjaya Redang Beach Resort. Resort ini merupakan hotel bertaraf lima bintang dan merupakan salah satu lokasi penginapan yang terkenal dikalangan para pelancong. Pengangkutan daripada resort ke lapangan terbang terdekat disediakan. Resort-resort lain juga boleh dijumpai di sepanjang pesisiran pantai di Pulau Redang. Kebanyakan resort menawarkan penginapan yang berhadapan dengan pemandangan indah lautan biru Pulau Redang.
Perairan Pulau Redang
Pulau Redang bersama-sama sembilan pulau yang lain yang membentuk kepulauan ini telah dilabelkan sebagai Taman Konservasi Laut, semua ini hasil positif usaha daripada pengenalan Akta Perikanan 1985. Oleh itu, Pulau Redang semestinya menawarkan golden chances bagi para pelawat untuk melihat dan berinteraksi dengan lebih dekat lagi dengan hidupan-hidupan marin yang jarang didapati di mana-mana tempat di seluruh dunia.
Sebagai contoh, anda boleh memerhatikan terumbu-terumbu karang, mengamati ikan-ikan jerung bersirip hitam hujung (black-tip shark), penyu paruh helang (hawksbill turtles) dan kepah-kepah gergasi (giant clams) sepanjang pecutian anda disana.
Anda juga berkesempatan untuk menyelam dan memberi makan kepada hidupan-hidupan laut ini dengan tangan anda sendiri! Scuba diving juga merupakan antara aktiviti yang tidak patut dilepaskan - dan anda semestinya berpeluang untuk melihat hidupan-hidupan marin. Aktiviti yang menarik ini menyebabkan banyak bot-bot disediakan untuk para penyelam berulang-alik di perairan Redang dengan pulau-pulau di sekeliling - jadi anda tidak akan menghadapi masalah kekurangan bot!
Jika anda mengambil keputusan untuk mencuba aktiviti scuba diving, anda bukan sahaja dapat melihat hidupan-hidupan marin, malah anda juga berpeluang untuk melihat dua bangkai kapal perang British yang karam semasa Perang Dunia ke-2. Kedua-dua HMS Prince of Wales dan HMS Repulse karam tidak jauh dari pesisiran pantai - sejarah mencatatkan ianya karam disebabkan oleh serangan pihak Jepun. Para penyelam boleh melihat sendiri artifak perang itu secara lebih dekat lagi.
No comments:
Post a Comment