Hutan Lipur Sekayu...... merupakan salah satu tempat yang menjadi kegemaran pelancong yang berkunjung ke Terengganu jika mereka meminati air terjun. Tidak kira remaja atau tua tempat ini menjadi kegemaran untuk beriadah bersama keluarga dan teman-teman dan itu termasuklah pelajar IPT yang belajar disekitar Terengganu.
Saya merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin yang berasal dari Pulau Pinang. Disebabkan saya jarang balik ke rumah sewaktu musim cuti, saya dan teman-teman saya yang terdiri daripada Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan juga Terengganu menghabiskan masa lapang dengan merantau sekitar Terengganu.
Wow cantiknya pemandangan di sekayu..... cantik hingga menggamat hati setiap pengunjung yang berkunjung ke situ. Airnya yang jernih dan terdapat juga ikan-ikan kecil yang berenang-renang ketika sedang mandi...... oh indah sekali.
Di dalam Sekayu juga terdapat sebuah taman yang penuh dengan tumbuhan herba yang amat menarik perhatian kami dan disebabkan itu kami singgah sebentar untuk bergambar supaya dapat dibuat kenangan.
No comments:
Post a Comment