Friday, February 7, 2014

Resipi ikan siakap tiga rasa



Ikan Siakap Tiga Rasa

Bahan-Bahan:
1. 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
2. garam dan kunyit
3. sedikit tepung jagung- utk melumur ikan

Bahan untuk sos:
1. 4 ulas bawang merah (dimayang)
2. 1 labu bawang besar (di mayang)
3. 3 ulas bawang putih (dimayang)
4. 1 cm halia (dihiris halus)
5. 1/2 cawan sos tomato
6. 4 sudu besar sos cili
7. 2 biji cili merah (dipotong nipis)
8. 6 tangkai cili padi merah ( untuk yang suka pedas, kalau tak nak pedas sangat boleh kurangkan)
9. 1/2 cawan air.
10. 1 biji tomato (belah 6)
11. 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
12. Garam dan gula secukup rasa
13. minyak utk mengoreng ikan dan menumis

Cara- Cara
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Lumur sedikit tepung jagung keseluruhan ikan. Gorengkan sehingga masak/ garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan

Mudah je kan... cuba la masak.. In Shaa ALLAH menjadi... Selamat memasak!  ♥♡♥♡♥

Tuesday, February 4, 2014

Penang Street Art (Penang Attraction)


Here's is the muralist - Ernest Zacharevic drawing on his 6th mural in Penang. He is the cause of traffic jam that day, everyone is standing on the road just to record / take photos at him. Thanks to him for beautify my beloved hometown Georgetown.








Seen this before? A mural once you turn in the street, the bicycle is real tho. It's even published in magazine and newspaper. 



Beautiful right.. Come and visit Penang and I'll guarantee you never regret. 



Pakat Mai Sini, Pulau Pinang Menanti hehe 

Monday, February 3, 2014

Running Man Episode 183 (English Sub)

Please click link below :-

running man episode 183

Semakan Keputusan BR1M 2014

Semakan Keputusan BR1M 2014 Secara Online. Bagi pemohon yang telah memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0), bolehlah menyemak keputusan permohonan awal bulan Februari 2014. Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan status permohonan BR1M 2014. Semakan keputusan BR1M 2014 boleh di buat seperti berikut.



Semakan Keputusan BR1M 2014 Secara Online

1. Talian Hotline BR1M 2014
Untuk membuat semakan BR1M 2014 pemohon boleh hubungi talian Hotline BR1M 2014 di talian 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

2. Emel BR1M 2014
Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emel br1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hinga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan ke emel tersebut.



3. Melalui Pejabat Pos
Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.

Penting
*Semakan hanya boleh dibuat awal FEBRUARI 2014



Saturday, February 1, 2014

Running Man Episode 182 (English Sub)

Please click the link below:

http://www.gooddrama.net/korean-drama/running-man-episode-182/2-3


Thursday, January 23, 2014

Craft - Quiling (Seni Kertas)

Ok.. Hari ni LM nak citer pasal hobi yang pernah menjadi kegilaan LM suatu ketika dahulu.. cewahhh, macam dah berpuluh tahun tak buat quiling...

LM ni sebenarnya suka benda yang cantik.. biasala, dah nama pon perempuan kan.. memang dilahirkan dengan perasaan suka pada benda-benda yang cantik.. LM ni pulak jenis yang hangat-hangat taik ayam ke eh, boleh dikatakan begitu la.. tapi hangat-hangat taik ayam LM ni lain tau, LM dah berjaya buat baru la jadi kurang bersemangat hehe..

Bak kata orang suka sahut cabaran, tapi bila dah selalu buat benda tu.. dah tak rasa mencabar... Jadi minat mula berubah arah... LM juga suka buat felt craft, card craft, pop-up craft... Kesimpulannya LM memang suka buat craft la hehe... Bila LM tengok ada craft yang cantik-cantik.. LM selalu terfikir "eh, kan best kalau aku boleh buat macam ni.. eh macam senang je, nak try buat la"... dan keputusannya memang selalu menjadi.. kalau tak menjadi pon LM akan cuba juga sampai jadi jugak.. usaha tangga kejayaan kan hehe..


Haa.. yang ni la antara hasil quiling LM masa mula-mula LM buat... mula-mula cuba atas kertas kosong A4 je dlu.. lepastu baru la pergi beli kertas keras untuk kad hehe.. tak berapa cantik kan.. biasala percubaan pertama...


Cantik kan hehe (angkat bakul sendiri pulak)... yang ni LM buat untuk hadiahkan dekat kawan LM... yang frame bunga-bunga tu dekat lapisan kad bahagian luar.. nama kawan LM pulak LM letak kat bahagian dalam kad.. kad ala-ala 3D gitu hehe... Ok, kad ni memang menguji kesabaran yer... sebabnya yang bahagian nama tu teramatlah susah sebab kena potong kecik-kecik dan susun satu-satu... kadang-kadang bila dah letak gam cantik-cantik.. tetibe je rasa macam nak siap dah, mood tengah happy tengok-tengok tercabut.. rasa nak koyak-koyak je kad tu.. gerammmm... hehe, jadi kesimpulan disini LM memang penyabar la sebab mampu bertahan haha... 


yang ini envelope untuk kad tadi yer.. LM buat ala-ala briefcase gitu hehe..


yang ini pulak penanda buku.. kertas lebihan dari kad harijadi kawan LM tadi.. LM buatkan dalam berapa belas eh penanda buku.. tak ingat la pulak hehe.. LM buat banyak-banyak dan hadiahkan kat roomate LM dan rakan-rakan sekelas LM... tapi roomate LM dia tak guna pulak.. dia kata sayang.. dia lekat je kat board dia hehe... bangga I tau hehe

Sebenarnya banyakkkkk lagi hasil quiling yang LM buat.. yang lebih complicated dari ni pon ada tau.. tapi terlupa nak snap gambar.. huhu, rugi-rugi.. dah bagi kat orang dah pon... LM ni jenis buat lepastu suka hadiahkan kat orang... bila orang tu happy, LM pon happy jugak hehe... tapi tula, duit habis dok beli perkakas craft je.. pastu kje nak hadiahkan kat orang, padahal bukan birthday diorang pon..sampai mak pon potpet membazir la apa la.. ntah apa-apa la LM ni hehe.. 

Cincin Kahwin Lelaki

Hehe.. tetibe je buat topik camni... Ok, saya belum nak kawen k.. Saja gatai hehe..

Dok syok baca blog B2B terbaca la pulak tentang kesusahan dan kepayahan nak mencari cincin kahwin untuk si suami...

Sebenarnya tak susah pon kalau jenis yang tak kesah dan nak yang biasa-biasa je... Tapi biasala, dah nama pon cincin kahwin kan.. mestila kena jadi istimewa.. kalau boleh nak yang 'rare' unik la katakan, baru lain dari yang lain...

Biasanya orang akan kata cincin si suami murah kan.. sebabnya diorang tak tak boleh pakai emas macam perempuan... Pandangan sebegitu silap sama sekali... Haaaa silap kenapa? Sebab bukan emas je yang mahal kat dunia nih... de lagi yang mahal...

Jenis platinum mahal kot.. selalu cincin lelaki la guna platinum.. ribu raban yer harganya hehe... antara bahan-bahan lain yang biasa digunakan untuk cincin lelaki ialah titanium, suasa, perak , dan suasa putih...

Ada sesetengah pendapat kata suasa boleh dipakai lelaki sebab kandungan emas dalam suasa amatlah sedikit... Sebab masa zaman Rasulullah, baginda melarang (haram) lelaki memakai emas sebab tidak boleh berbangga serta menunjuk-nunjuk kekayaan... Rasulullah takut mereka akan jadi bongkak dengan kekayaan...

Tapi kalau tak mahu was-was.. sila la elakkan suasa yer...

Antara pilihan pengantin bajet... Bajet disini bermaksud golongan sederhana ok.. Mungkin diorang dah bajet cincin lelaki dalam RM 500 dan ke bawah camtu.. yang paling sesuai adalah cincin silver.. murah tak bermakna tak cantik yer.. LM tengok cantik je silver, yang paling penting design dia.. \

Kalau design cantik, sudah tentulah cincin pon cantik mantik gitu... Cincin silver tak akan berkarat (yang berkualiti- selalu silver 925), dan jangan risau kalau warna dia dah kusam selepas beberapa tahun.. boleh je pergi cuci kat kedai mana-mana yang jual aksesori silver.. terus nampak cam baru balik... bling-bling gitu hehe...


Yang ni cantik dan unik kan.. siap dengan ukiran tulisan khat jawi lagi.. suke.. suke.. suke hehe.. yang ni sepasang ok.. materialnya silver untuk cincin lelaki.. untuk cincin perempuan emas putih




Yang ni nampak eklusif kan.. cantikkkk.. 

Ni la link website yang korang boleh customized sendiri cincin korang.. boleh design sendiri, nak material apa.. batu ape... baru la special kan hehe... http://anggunklasik.com/

Irma hasmie dan redza pon tempah kat sini tau.. kedai ni kat shah alam kalau tak silap.. 

Wednesday, November 6, 2013

Resepi Ayam Masak Kicap

Hari ini LM masak yang simple-simple je... Biasalah orang tak berapa rajin hehe... Nak buat lauk ni sekejap je.. dalam 15 minit je... itu yang LM suka tu... jimat masa hehe...



Bahan-bahan:-

Ayam 5 ketul atau kuantiti ikut kesukaan anda. Kalau nak potong kecil-kecil pon boleh.. LM biarkan je saiz asal hehe

Serbuk kunyit, serbuk rempah kurma, serbuk kari daging sedikit garam

Kicap manis (LM suka guna kicap manis cap kipas, family kami memang guna kicap ni je.. favorite hehe)

1 atau 2 biji bawang besar. Sedikit bawang cincang dan yang selebihnya potong besar (kasar) ikut saiz yang anda suka

3 ulas bawang putih cincang

7-10 biji cili padi dipotong kecil-kecil, kalau taknak pedas boleh gantikan dengan cili hidup (cili besar)

sos cili


Cara Masak:-

Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga garing . Setelah masak asingkan.

Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang sehingga kekuningan.

Masukkan air segelas dan letak kicap secukupnya dan sedikit garam (agak-agak) sehingga secukup rasa.

Masukkan 1/2 sudu serbuk rempah kurma dan serbuk kari daging dan masukkan 2 sudu sos cili.

Kemudian masukkan ayam goreng tadi dan kacau hingga rata.

Masukkan bawang besar yang dipotong kasar dan cili padi. Kacau-kacau dan siap.






Resepi Ayam Goreng Kunyit

LM memang suka makan ayam goreng kunyit... ni antara menu yang selalu LM order dekat restauran hehe..

dah alang-alang LM suka makan, apalagi LM belajar la resepi... memang senang la resepinya, insyaAllah

confirm jadi pada cubaan pertama.. jadi jangan risau la yer hehe...



Bahan-bahan:-

3 ketul ayam.. ambil bahagian yang banyak isi.. potong kecil-kecil..

1 biji bawang besar dihiris

7 ulas bawang putih dicincang

2 batang cili merah dipotong menyerong

Minyak masak

Lada sulah

10 batang kacang panjang

Serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam


Cara masak:-

Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil dan lumurkan dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam

Panaskan minyak dan goreng bawang putih yang dicincang tadi sehingga kekuingan.

Masukkan ayam, goreng hingga sedikit garing dan masak.

Kalau ada sos tiram boleh masukkan 2 sudu. Kalau tak letak pon takpe.

Masukkan kacang panjang, bawang besar, cili merah dab sedikit lada sulah. Biarkan sekejap sehingga bawang layu dan kacang bertukar warna tapi jangan terlalu lama. kacau hingga rata dan siap. Mudah kan hehe..


Aku Rindu Kehidupan Universiti

Huhuhuhu.... LM sangat rindu zaman masa belajar dulu... masa buat assignment, masa masuk sukan.... semualah... masa belajar dulu asyik fikir nak cepat je sebab nak keja.. nak pegang duit... tambah-tambah masa final.. tengah sakit otak masa tu, memang tension la.... hehe sekarang dah habis belajar, tergedik-gedik nak belajar balik.... andai aku mampu memutar masa kan best hehe.....


Tengok... cantik kan... nilah univerisiti LM iaitu UniSZA waktu malam.... 


Hehe masa belajar pon kami sempat lagi berposing... ni gambar dekat dewan kuliah... tengok muka LM macam pe lagi, buruk giler... ok, itu muka mengantuk  yer... mak aiii boring giler la lecturer tu mengajar.. nak tunggu cukup 2 jam habis kelas, rasa macam berkurun lamanya... bila habis muka terus berubah ceria haha...




Gambar yang ni LM ambil masa pergi cari makanan dengan kawan LM.. kitaorang merempit pinjam motor budak lelaki classmate kitaorang, kitaorang bagi la upah makanan kat tuan punya motor.. takkan nak naik free je kan, nanti segan pulak nak pinjam lagi hehe... Gamba ni kami ambil dekat Pantai Tok Jembal... masa ni cuaca cerah lagi... kami punya la dok syok posing tetibe hujan lebat... wahhhhhhhhhh lari bagai nak gila, nek motor merempit selaju mungkin hehe.. tapi basah kuyup jugak ler huhu...


Kami makan ni la... sedapppp, sangat raguppp... crunchy gitu hehe... selalu pesan nasi goreng seafood.. makanan laut kat sana jangan tanya la, segar-segar dan besar-besar... tapi tak delah murah pon.. mahal jugak.. sama je macam kat P.Pinang... 






Pintu Rezeki



Haaa... inilah pintu-pintu rezeki... ikut perintah Allah pasti ada ganjarannya hehe...Mari kita mengejar... kalau tak mampu buat semua, buat sedikit-sedikit.. Islam itu tidak memaksa.... Peace no war... =)


Tuesday, November 5, 2013

Jodoh yang tak diduga

Agak drama kan tajuk tuh.. muahahaha... memang cerita yang akan LM ceritakan ni agak drama cikit hehe.. ala-ala cerita dalam drama la yer.. tapi tak delah over sangat macam drama tuh.. tak logik kekadang tu... tapi yang tak logik tula yang kita dok syok tengok tuh.. rating naik mendadak hehe...

Kisah ini kisah benar yer... baru-baru ni LM ada ternampak dalam fb.. oppsss terkejut.. mai aiiiii.... cepatnya budak ni dapat pengganti.. teman LM ni perempuan yer, nama tidak boleh didedahkan... bak kata dato siti, "biarlah rahsia" hehe...

Sebelum ni LM ada terlihat dekat wall dia yang ayat dia menunjukkan kekasihnya telah curang dengan kawannya sendiri... kawan yang mana, LM pon tak tahula yer.. tapi kejadian tu berlaku masa kami tengah menjalani latihan industri lagi... mungkin kawan yang baru dia jumpa dekat tempat latihan industri kot.. mungkin la, ntahla... dia dan kekasihnya tu memang semuanya buat sekali, assignment buat sekali.. study pon sama-sama.. semua la... memang dok berkepit je dalam kelas pon...sampaikan lecturer semua pon dah tahu... baju pon sentiasa sama.... dasyat kot diorang leh maintain baju sama bertahun-tahun.. kadang-kadang je yang tak sama hehe... sehati sejiwa katakan hehe...

Ok, memang tak dinafikan LM memang terkejut beruk la bila tengok dia buat status macam tu.. mestila kan.. dua-dua teman LM... kami semua dah budget memang diorang akan kahwin... nampaknya kami tersilap hehe..

Tapi semalam, LM terkejut lagi.. ada orang propose dia kat dalam fb dia... fuhhh romantik kot, dgn ayt jiwang dia haha... 

dengar kata dia dah bertunang 2 ke 3 hari lepas....

apa yang LM cuba katakan ni ialah jangan tengok seorang je...LM tak bermaksud suruh korang curang ke pe ke yer, tolong jangan salah faham... maksdu LM, kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum.. hilang yang di depan mata mungkin di belakang kita selama ni dah menunggu.. cuma kita je yang tak perasn sebab kita tak pernah berpaling belakang....

Macam kawan LM, dia dah bercinta lama pon tak de jodoh dengan ex-bf dia... dengan yang ni sekejap je bercinta terus bertunang dan akan nikah tak lama lagi... dia dapat tau ex-bf dia curang bulan 7.. pastu sekarang dah bulan 11... haaaa cepat tak.. 4 bulan je hehe... dengar kata dia mula bercinta bulan 9...

janganla pasang 2 pulak yer.. andaikata la ada masalah dalam perhubungan itu, putuskan secara elok.. bila dah putus cuba buka mata luas-luas, mungkin jodoh anda dah de depan mata hehe... ini dari pengalaman LM sendiri la yer hehe... syhhhhhh rahsia =) .... jangan pulak lepas putus terus dah tak percaya dengan cinta... ya, kecewa itu memang biasa tapi jangan biarkan sampai terlalu lama... rawat la yer.. rawat dengan masa... insyaAllah berjaya... ada hikmah disebalik semuanya...



tapi kalau tak mau bercinta lagi bagus, boleh elak maksiat... suruh je mak ayah kita cari.. lebih berkat... tak semestinya jodoh yang mak ayah cari itu buruk... mungkin tak hensem tapi baik.. mak ayah kita mesti akan pilih yang terbaik untuk anak dia.. takkan dia nak tengok anak dia menderita kan... jadi tawakkal je dengan pilihan mereka.. insyaAllah anda bahagia....

Tapi korang jangan risau la.. Allah memang jadikan kita berpasangan.. cuma masa je yang membezakan... sesetengah orang jumpa jodoh awal.. sestengah pulak lambat... jadi terus menunggu dengan sabar... ada ganjarannya.. jangan putus asa....

Kalau boleh jangan la bercinta lama-lama.. selalu yang lama-lama tula yang makin lama makin banyak masalah... kalau dah yakin.. kalau dah berkenan.. kalau dah ada duit.. kalau dah sedia nak pegang tanggungjawab... kalau dah ada semua yang disebut, kahwin la cepat-cepat... jangan tangguhkan benda yang baik....



Cara Buat Sendiri Background Blog

Haishhhhh...

sebab  dah lama tak menyentuh blog.. otak dah berkarat... LM dah jadi macam budak baru kenal blog...

kena start dari awal balik... belajar step by step... aiyaaaa manyak pening oooo huhu..

naseb la... 

nak tukar template blog... 

nak tambah gadget...

macam-macam la... naseb baik ada pokcik google...

berbaloi-baloi hehehe....

setelah membaca sikit.. aku buat keputusan untuk buat sendiri background blog ni... kenapa? sebabnya, kalau LM buat sendiri, LM boleh letak apa saja gambar yang aku nak sebagai backgorund... LM juga nak blog LM berbeza dari orang lain... LM sengaja tak ambil template yang dah sedia ada dengan background sebab sebelum ni bila LM guna, LM tak puas ati bila ada yang berubah... contohnya bila LM guna template dari http://www.thecutestblogontheblock.com automatik je terus butang kat atas blog kita hilang, butang blogger tu yer yang ada "design" dll... butang tu bagi LM memang memudahkan sebab kita boleh edit trus je bila klik kat butang tu bila-bila masa terus masuk ke "dashboard"... kalau tak ada butang tu still boleh edit, tapi kena buka tab lain sign in blogger dulu baru boleh edit..

1 lagi kebaikannya, kita boleh pilih untuk 'ringankan' blog.. bila 'ringan' cepat bila nak loading page blog kita ni.. tak delah terkemut-kemut... caranya ialah.. crop gamba tu jadi kecik...

meh LM bagi step by step yer cara nak buat backgorund sendirian berhad.. caranya mudah saja yer hehe...

1.

Butang yang atas kata anak panah nilah yang aku maksudkan... bila add template dari pyzam.com atau thecuetstblogontheblog.com terus hilang...  pastu kalau nak ubah saiz tulisan untuk post pe sume tak boleh.. memang dah fix (tetap) dah.. memang kurang berkenan la terbatas sebab sikit untuk edit ikut citarasa kita... 


2. Pilih template yang korang nak yer.. kalau aku ambil template yang 3 column.. 

3. Customize

4. Pilih background yang kita nak


Mula-mula aku pilih corak ni.. tapi terlalu colourful la pulak.. lagi satu stripes dia kecik sangat.. kalau stripes dia besar-besar ok cikit...  kemudian aku ubah fikiran ambil yang lebih simple macam kat bawah pokedot... tau kenapa aku ambil corak camni.. sebab corak dia berulang.. jadi bila boleh crop jadikan saiz gambar jadi kecik.. baru la bila loading blog kita akan cepat timbul.. kalau tak terkemut-kemut kalau orang yang ada line yang agak lembab macam pakai boradband.. kekadang tunggu loading satu-satu page mak aiiii lama giler la.. last skali tutup terus, tak jadi la baca.. malas nak tunggu  hehe..


kalau korang nak gamba sebiji terus camni pon tak pe..

kalau LM lebih suka crop sebab macam LM mention tadi.. sebab boleh ringankan blog.. bila gmbar jadi saiz kecik memang lagi cepat la nak loading page blog kita... pastu crop gamba tu yer.. pastikan bila nak crop tu crop elok.. kalau tak nanti bila dah jadi tile dia akan bertindih, tak berapa cantik yer...


ok yang nilah hasilnya bila LM crop.. LM crop leklok tau ni.. bila dah jadi tile nampak macam 1 je gamba, padahal banyak gambar kecik-kecik ... kalau tak paham apa yang LM maksudkan sila testing dulu yer tengok apa yang dimaksudkan bertindih tu hehe... dah buat baru tahu.. macam ayat, 'tak kenal maka tak cinta' kan...

5.                                          
                                                              selepas klik 'b.' tu 'upload image' yer...

              
        pastu klik 'c.' jadikan gamba tu tile... kalau nak letak gamba sebiji terus klik 'don't tile'

dah siappppp hehe... pastu LM edit pulak saiz tulisan dll... nak bagi matching dengan backgorund pokedot tu.. 

6. Klik 'advanced' dan ubah la ikut kesukaan anda hehe.. LM jadikan kotak untuk 'post' tu jadi warna koko gelap untuk matchingkan dengan pokedot tu.. dan tulisan juga tukar jadi warna pink dan biru... baru la matching dengan background pokedot tu hehe... 

7. Kemudian LM crop je backgorund pokedot tadi untuk jadikan header.. letak nama LM hehe... 


Nak letak header ni pon senang tapi susah hehe.. pelik kan ayat LM... senang nak letak header ni... tapi disebabkan tak tau saiz yang tepat supaya header tu terletak tengah-tengah elok je kat blog tu memang jadi senget mula-mula letak... LM terpaksa resize banyak kali.. sampai naik geram pon ade hehe.. try and error sampai boleh... saiz tepat untuk header ialah  width (lebar)1058 yer.. panjang tu tak kesah sebab tak ada effect pon.. tapi jagan la letak gamba yang besar gedabak la pulak buat header.. pastikan kecik yer.. agak-agak la yer naik saiz apa...

lepas upload gamba.. klik' instead of image' yer kalau dah letak tajuk blog.. kalau tak buat macam tu, tajuk blog akan bertindih.. akan ada dua tajuk pulak... 

Inilah hasilnya.... memang puas hati hehe... 



ok dah siap... sekian saja tutorial dari LM ni yer... terima kasih sudi membaca.. selamat mencuba... 





Monday, November 4, 2013

Resepi Jus Carrot

Assalammuaikum..

Hari ini dengan sopannya LM memberi salam dulu sebelum berbicara yer hehe...

Ok.. sekarang LM tengah gila dengan jus carrot...

kenapa... mengapa dan pasaipa...

sebab sedap la hehe.. dan yang paling penting.. jus yang sangat menyihatkan...

tak semestinya semua sayur tak sedap ok.. percayalah, LM pon bukan peminat sayur... tambah-tambah lagi sayur hijau..

dalam seminggu ni dah 5 hari minum... rasanya... fuiyooo marvellous... sedap kotttt... kalah jus kat restoran tau muahahaha... pasan tol aku nih...

resepinya tersangatlah mudah yer kawan-kawan...









Bahan-bahan yang diperlukan:-

Lobak merah (Carrot)

Susu segar atau susu pekat manis (f&n)

Gula (jika gunakan susu pekat manis tidak perlu tambah gula pon xpe)


Cara-caranya :

Kupas kulit sebiji carrot tu elok-elok dan basuh.. kalau ikut islam, selawat 3x lagi bagus...

Potong dadu carrot tu.. saiz, ikut suka korang la, kalau nak bagi blender jadi halus cepat, potong kecik.. kalau malas potong besar cikit, tapi nak blender tu amek masa lama cikit la yer...

ada banyak cara sebenarnya :-

1. masukkan carrot dan sedikit setengah cawan air kosong (air masak) dan tambah gula 1 1/2 camca teh atau 2 sudu.. ikut suka anda la yer... kurang manis lagi bagus.. pastu dah blender halus, tapis kan je.. pastu korang akan dapat lebih kurang setengah cawan la yer.. tambah je susu segar sampai jadi ckup secawan.. kacau-kacau dan siap...

2. masukkan carrot dan air kosong sahaja atau dengan gula... kalau tanpa gula lagi sihat.. blender dan tapis... settle... tapi yang ni tak berkrim la yer macam yang kat atas...

3. masukkan carrot dan secawan susu segar... blender halus dan tapis.. nak minum terus pon boleh.. kalau rasa tak manis, boleh tambah susu pekat manis ikut selera anda yer...

4. masukkan carrot dan air kosong dan 2-3 sudu susu pekat manis... ikut selera anda la yer, kalau takut terlalu manis.. bubuh je 2 sudu.. pastu kalau tak manis boleh je masukkan lagi lepas dah tapis nanti... tak ada masalah... boleh adjust hehe...

jeng jeng.. inilah hasilnya...



pilih je salah satu cara diatas... ikut jenis mana yang korang minat la yer..

opppsss, lupa la pulak... untuk 'carrot pulp' atau saki baki lobak merah yang ditapis tu korang jangan buang.. boleh je korang guna untuk buat mask atau buat skrub kat tangan dan seluruh anggota badan korang.. jagan membazir yer... gunakan sehabis baiknya hehe... jangan risau kalau ada kesan susu dan gula sebab semua tu tak bagi kesan buruk pon kat kulit kita.. malah gula yang kita dok guna tu boleh je nak buat skrub muka kita, tak payah beli mahal-mahal eh skrub hehe...

sekian saja... tata.. titi.. tutu...



Jerebu di Pulau Pinang 4 November 2013


Haaaa... nila keadaan dekat kampung LM... ni sekolah rendah... nampak kelabu kan... LM terkejut tadi, naik moto pergi beli nasik lemak... keluar je rumah tengok apesal la kelabu sangat ni.... 

Keadaan memang sangat teruk... tapi ni keadaan pagi tadi, pukul 8 pagi LM keluar rumah... sekarang dah petang, dah kurang dah asapnya... alhamdulillah, mungkin angin dah kurangkannya.... 

LM apalagi ambil peluang ni untuk tangkap gambar la hehe.. ajak anak saudara buat sesi photoshoot.. muahaha semangat giler la kami dua beranak ni... memang tak boleh blah....

Jeng.. Jeng... Jeng... inilah hasilnya.... 




Ok, sila abaikan rambut budak ni yer... memang dia baru bangun tido haha... LM balik je dari kedai terus ajak dia pergi tangkap gambar haha...

Sunday, November 3, 2013

Khasiat minyak zaitun

Sebenarnya minyak zaitun ni memang banyak khasiatnya... malah dari zaman rasulullah pon diorang amalkan minyak zaitun.. baginda rasulullah sendiri pon menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut baginda...

Meh aku cita cikit kenapa minyak zaitun ni banyak kebaikan... semua yang aku tuliskan ini adalah mengikut pemahaman aku melalui pembacaan...Sebenarnya banyak kebaikannya.. tapi aku tak berapa ingat dengan jelas.. dan aku pulak tak nakla men 'copy paste' je kan... kang jadi terlebih skema la pulak..

Ok, sekarang biar aku terangkan secara ringkas dan padat yer apa kebaikan minyak zaitun ni... Minyak zaitun ni baik untuk kulit.. baik untuk kesihatan dan juga baik untuk rambut..Aku pernah terbaca dalam satu artikel dalam surat khabar.. nasser wahab pon amalkan minyak zaitun.. sebab itu dia nampak macam orang muda lagi padahal dah berusia lanjut..

Aku pon ada amalkan jugak minyak zaitun untuk sapu dekat muka sebelum tidur.. masa sapu itu urut muka kita perlahan-perlahan supaya minyak itu meresap masuk dalam kulit kita dengan spenuhnya.. sebenarnya kalau urut muka kita tu memang bagus sebab boleh serikan wajah kita.. bila kita selalu urut, aliran darah berjalan elok sekitar muka sebab tu boleh serikan wajah kita.. tapi yang paling popular kalau nak serikan wajah kita mestila wuduk hehe..



 Pastu sambil-sambil aku sapu minyak tu dekat muka.. aku sapu sekali dekat rambut.. minyak zaitun ni memang best betul la bila sapu.. dah macam pakai minyak rambut dengan conditioner.. rambut jadi lembut je, tak kering.. bila dah sapu tu urut-urut la kulit kepala tu sekali, sebab sama juga.. boleh galakkan peredaran darah.. bolehla kulit kepala jadi lebih sihat dan rambut pon kurang gugur..Aku tak taula kenapa rambut aku sekarang ni banyak sangat gugur.. mungkin sebab aku suka makan megi kot.. huhu, hantu megi.. tak dapat tahan kot.. tambah-tamba time belajar.. time-time final tu boleh dikatakn hampir setiap hari.. biasala study lewat malam,  lapa giler kot.. nak cari mana makanan malam-malam buta...Kesannya.. huhu inila.. macam-macam produk dah pakai.. tak berkesan  jugak.. baru amalkan minyak zaitun ni dalam 3 minggu.. aku dapati.. rambut dah kurang gugur.. masih gugur.. tapi dah kurang..alhamdulillah.. rambut gugur tu biasa je sebenarnya.. semua orang akan alami.. bezanya gugur banyak atau sedikt je..



Eh lupa pulak... aku jugak ada sapu dekat tangan.. kesannya.. marvellous.. kulit tangan jadi lembut.. macam pakai krim.. kulit dah tak kering hehe.. suke,, suke.. suke... Aku juga pernah terbaca artikel orang yang ada diabetes pon elok amalkan minyak zaitun ni.. minum minyak zaitun 2 sudu sehari., amalkan.. insyaAllah berkesan.. walaupun minyak zaitun ni dalm kategori minyak tapi boleh turunkan paras kolestrol dalam dadan kita..



Kalau bibir pecah, sapu je minyak ni sebelum tidur.. insyaAllah esok pagi dah baik.. aku dah try, memang menjadi hehe.. suke,, suke,, suke...

Kalau nak pilih minyak zaitun pilih yang extra virgin oil, yang tu paling bagus.. kalau minyak zaitun yang tak extra  pon ok je.. tapi yang paling baik extra la, harga pon lebih mahal la yerrrr hehe.. belj yang minyak yang orang guna untuk masak tu ok.. jangan riaau nak sapu kat muka, sebab minyak yang kita guna untuk masak bahan semulajadi.. so, tiada keraguan.. semua jenis kulit boleh guna.. tak ada kesan sampingan..