Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Resipi ikan siakap tiga rasa



Ikan Siakap Tiga Rasa

Bahan-Bahan:
1. 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
2. garam dan kunyit
3. sedikit tepung jagung- utk melumur ikan

Bahan untuk sos:
1. 4 ulas bawang merah (dimayang)
2. 1 labu bawang besar (di mayang)
3. 3 ulas bawang putih (dimayang)
4. 1 cm halia (dihiris halus)
5. 1/2 cawan sos tomato
6. 4 sudu besar sos cili
7. 2 biji cili merah (dipotong nipis)
8. 6 tangkai cili padi merah ( untuk yang suka pedas, kalau tak nak pedas sangat boleh kurangkan)
9. 1/2 cawan air.
10. 1 biji tomato (belah 6)
11. 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
12. Garam dan gula secukup rasa
13. minyak utk mengoreng ikan dan menumis

Cara- Cara
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Lumur sedikit tepung jagung keseluruhan ikan. Gorengkan sehingga masak/ garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan

Mudah je kan... cuba la masak.. In Shaa ALLAH menjadi... Selamat memasak!  ♥♡♥♡♥

Wednesday, November 6, 2013

Resepi Ayam Masak Kicap

Hari ini LM masak yang simple-simple je... Biasalah orang tak berapa rajin hehe... Nak buat lauk ni sekejap je.. dalam 15 minit je... itu yang LM suka tu... jimat masa hehe...



Bahan-bahan:-

Ayam 5 ketul atau kuantiti ikut kesukaan anda. Kalau nak potong kecil-kecil pon boleh.. LM biarkan je saiz asal hehe

Serbuk kunyit, serbuk rempah kurma, serbuk kari daging sedikit garam

Kicap manis (LM suka guna kicap manis cap kipas, family kami memang guna kicap ni je.. favorite hehe)

1 atau 2 biji bawang besar. Sedikit bawang cincang dan yang selebihnya potong besar (kasar) ikut saiz yang anda suka

3 ulas bawang putih cincang

7-10 biji cili padi dipotong kecil-kecil, kalau taknak pedas boleh gantikan dengan cili hidup (cili besar)

sos cili


Cara Masak:-

Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga garing . Setelah masak asingkan.

Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang sehingga kekuningan.

Masukkan air segelas dan letak kicap secukupnya dan sedikit garam (agak-agak) sehingga secukup rasa.

Masukkan 1/2 sudu serbuk rempah kurma dan serbuk kari daging dan masukkan 2 sudu sos cili.

Kemudian masukkan ayam goreng tadi dan kacau hingga rata.

Masukkan bawang besar yang dipotong kasar dan cili padi. Kacau-kacau dan siap.






Resepi Ayam Goreng Kunyit

LM memang suka makan ayam goreng kunyit... ni antara menu yang selalu LM order dekat restauran hehe..

dah alang-alang LM suka makan, apalagi LM belajar la resepi... memang senang la resepinya, insyaAllah

confirm jadi pada cubaan pertama.. jadi jangan risau la yer hehe...



Bahan-bahan:-

3 ketul ayam.. ambil bahagian yang banyak isi.. potong kecil-kecil..

1 biji bawang besar dihiris

7 ulas bawang putih dicincang

2 batang cili merah dipotong menyerong

Minyak masak

Lada sulah

10 batang kacang panjang

Serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam


Cara masak:-

Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil dan lumurkan dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan garam

Panaskan minyak dan goreng bawang putih yang dicincang tadi sehingga kekuingan.

Masukkan ayam, goreng hingga sedikit garing dan masak.

Kalau ada sos tiram boleh masukkan 2 sudu. Kalau tak letak pon takpe.

Masukkan kacang panjang, bawang besar, cili merah dab sedikit lada sulah. Biarkan sekejap sehingga bawang layu dan kacang bertukar warna tapi jangan terlalu lama. kacau hingga rata dan siap. Mudah kan hehe..


Monday, November 4, 2013

Resepi Jus Carrot

Assalammuaikum..

Hari ini dengan sopannya LM memberi salam dulu sebelum berbicara yer hehe...

Ok.. sekarang LM tengah gila dengan jus carrot...

kenapa... mengapa dan pasaipa...

sebab sedap la hehe.. dan yang paling penting.. jus yang sangat menyihatkan...

tak semestinya semua sayur tak sedap ok.. percayalah, LM pon bukan peminat sayur... tambah-tambah lagi sayur hijau..

dalam seminggu ni dah 5 hari minum... rasanya... fuiyooo marvellous... sedap kotttt... kalah jus kat restoran tau muahahaha... pasan tol aku nih...

resepinya tersangatlah mudah yer kawan-kawan...









Bahan-bahan yang diperlukan:-

Lobak merah (Carrot)

Susu segar atau susu pekat manis (f&n)

Gula (jika gunakan susu pekat manis tidak perlu tambah gula pon xpe)


Cara-caranya :

Kupas kulit sebiji carrot tu elok-elok dan basuh.. kalau ikut islam, selawat 3x lagi bagus...

Potong dadu carrot tu.. saiz, ikut suka korang la, kalau nak bagi blender jadi halus cepat, potong kecik.. kalau malas potong besar cikit, tapi nak blender tu amek masa lama cikit la yer...

ada banyak cara sebenarnya :-

1. masukkan carrot dan sedikit setengah cawan air kosong (air masak) dan tambah gula 1 1/2 camca teh atau 2 sudu.. ikut suka anda la yer... kurang manis lagi bagus.. pastu dah blender halus, tapis kan je.. pastu korang akan dapat lebih kurang setengah cawan la yer.. tambah je susu segar sampai jadi ckup secawan.. kacau-kacau dan siap...

2. masukkan carrot dan air kosong sahaja atau dengan gula... kalau tanpa gula lagi sihat.. blender dan tapis... settle... tapi yang ni tak berkrim la yer macam yang kat atas...

3. masukkan carrot dan secawan susu segar... blender halus dan tapis.. nak minum terus pon boleh.. kalau rasa tak manis, boleh tambah susu pekat manis ikut selera anda yer...

4. masukkan carrot dan air kosong dan 2-3 sudu susu pekat manis... ikut selera anda la yer, kalau takut terlalu manis.. bubuh je 2 sudu.. pastu kalau tak manis boleh je masukkan lagi lepas dah tapis nanti... tak ada masalah... boleh adjust hehe...

jeng jeng.. inilah hasilnya...



pilih je salah satu cara diatas... ikut jenis mana yang korang minat la yer..

opppsss, lupa la pulak... untuk 'carrot pulp' atau saki baki lobak merah yang ditapis tu korang jangan buang.. boleh je korang guna untuk buat mask atau buat skrub kat tangan dan seluruh anggota badan korang.. jagan membazir yer... gunakan sehabis baiknya hehe... jangan risau kalau ada kesan susu dan gula sebab semua tu tak bagi kesan buruk pon kat kulit kita.. malah gula yang kita dok guna tu boleh je nak buat skrub muka kita, tak payah beli mahal-mahal eh skrub hehe...

sekian saja... tata.. titi.. tutu...



Monday, May 24, 2010

-LaKSa TeReNggaNu (KuaH MeRaH)-

LAKSA TERENGGANU (KUAH MERAH)

Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]

Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
50 gm gajus
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih
Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam
Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
50 gm gula melaka
60 gm kerisik
60 gm rempah gulai bunga rose
5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa





Bahan mesin
100 gm cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Gunakan ikan selayang

Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan

-KeRoPoK LeKoR-

Keropok lekor memang sedap dan menyelerakan jika dimakan semasa panas. Ia merupakan makanan yang paling popular di terengganu dimana ia dapat dilihat apabila terdapat banyak gerai-gerai yang menjual kerpok lekor di tepi-tepi jalan di terengganu.


Terdapat banyak keropok lekor di Malaysia tetapi tiada yang dapat menandingi keropok lekor terengganu. Keropok lekor terenggano sangat popular di seluruh Malaysia sehinggakan ia menjadi barang yang wajib dibeli selain batik jika ada pelancong dari negeri yang lain berkunjung ke Terengganu. Tambahan pula ia bukan sahaja menjadi kegilaan pelancong dari dalam negara sahaja malahan pelancong luar negara juga.

BAHAN-BAHANNYA:

4 mangkuk iakan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air batu ikut kesesuaian adunan


CARA MEMBUATNYA:

Bersihkan ikan
Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
Masukkan tepung sagu
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air

Untuk membuat keropok lekor anda boleh menggunakan
ikan tamban
atau ikan selayang


TIPS
Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
Tambahkan air batu jika adunan terkeras
Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng

CILI CICAH (S0S) KEROPOK LEKOR

BAHAN-BAHANNYA

1 mangkuk air asam jawa
2 mangkuk cili kering yang siap dimesin
1 mangkuk gula pasir
4 keping gula kabung atau gula merah

CARA MEMBUATNYA
Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung