Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Aku Rindu Kehidupan Universiti

Huhuhuhu.... LM sangat rindu zaman masa belajar dulu... masa buat assignment, masa masuk sukan.... semualah... masa belajar dulu asyik fikir nak cepat je sebab nak keja.. nak pegang duit... tambah-tambah masa final.. tengah sakit otak masa tu, memang tension la.... hehe sekarang dah habis belajar, tergedik-gedik nak belajar balik.... andai aku mampu memutar masa kan best hehe.....


Tengok... cantik kan... nilah univerisiti LM iaitu UniSZA waktu malam.... 


Hehe masa belajar pon kami sempat lagi berposing... ni gambar dekat dewan kuliah... tengok muka LM macam pe lagi, buruk giler... ok, itu muka mengantuk  yer... mak aiii boring giler la lecturer tu mengajar.. nak tunggu cukup 2 jam habis kelas, rasa macam berkurun lamanya... bila habis muka terus berubah ceria haha...




Gambar yang ni LM ambil masa pergi cari makanan dengan kawan LM.. kitaorang merempit pinjam motor budak lelaki classmate kitaorang, kitaorang bagi la upah makanan kat tuan punya motor.. takkan nak naik free je kan, nanti segan pulak nak pinjam lagi hehe... Gamba ni kami ambil dekat Pantai Tok Jembal... masa ni cuaca cerah lagi... kami punya la dok syok posing tetibe hujan lebat... wahhhhhhhhhh lari bagai nak gila, nek motor merempit selaju mungkin hehe.. tapi basah kuyup jugak ler huhu...


Kami makan ni la... sedapppp, sangat raguppp... crunchy gitu hehe... selalu pesan nasi goreng seafood.. makanan laut kat sana jangan tanya la, segar-segar dan besar-besar... tapi tak delah murah pon.. mahal jugak.. sama je macam kat P.Pinang... 






Tuesday, June 29, 2010

-TER-

TER Terengganu Fquestrian Resort...... di sekitar tidak terdapat banyak tempat bermain bowling. Jadi kami berkunjung ke TER dimana terdapat tempat bermain bowling yang selesa dan berpatutan bagi kami menghabiskan masa terluang.


Terdapat kolam yang agak besar dan cantik berdekatan dengan tempat bermain bowling itu yang amat sesuai untuk dijadikan tempat beriadah dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan.
Tempat amat lengkap sehinggakan ia bukan mempunyai padang untuk kuda bagi keguanaan equestrian, resort dan tempat bermain bowling malahan ia juga mempunyai gelangang untuk bermain badminton.

Inilah tempat unutk kegunaan equestraian ia menjadi tumpuan bagi sesiapa yang berminta terhadap sukan ini dan juga bagi pencinta kuda.


Inilah tempat bermain bowling yang amat selesa kerana ia dilengkapi dengan sofa bagi tempat menunggu. Manakala berdekatan dengan tempat bermain bowling juga terdapat sebuah kedai yang menjual makanan ringan yang memudahkan kami unutk mendapatkan makanan ringan.






-TuMPuaN PeLaNCoNg-

Hutan Lipur Sekayu...... merupakan salah satu tempat yang menjadi kegemaran pelancong yang berkunjung ke Terengganu jika mereka meminati air terjun. Tidak kira remaja atau tua tempat ini menjadi kegemaran untuk beriadah bersama keluarga dan teman-teman dan itu termasuklah pelajar IPT yang belajar disekitar Terengganu.

Saya merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin yang berasal dari Pulau Pinang. Disebabkan saya jarang balik ke rumah sewaktu musim cuti, saya dan teman-teman saya yang terdiri daripada Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan juga Terengganu menghabiskan masa lapang dengan merantau sekitar Terengganu.

Wow cantiknya pemandangan di sekayu..... cantik hingga menggamat hati setiap pengunjung yang berkunjung ke situ. Airnya yang jernih dan terdapat juga ikan-ikan kecil yang berenang-renang ketika sedang mandi...... oh indah sekali.


Di dalam Sekayu juga terdapat sebuah taman yang penuh dengan tumbuhan herba yang amat menarik perhatian kami dan disebabkan itu kami singgah sebentar untuk bergambar supaya dapat dibuat kenangan.




Friday, May 28, 2010

-MaKaNaN PoPuLar TePi PaNTai-

Sedapnya makanan di atas hingga menjilat jari. Ini ialah ikan celup tepung iaitu makanan yang paling popular dan sangat sinnomin jika dimakan ditepi pantai. Ia akan menjadi lebih nikmat jika ditambah dengan minuman air kelapa tambahan pula ditiup dengan angin-angin sepoi-sepoi bahasa yang sangat menyamankan.


IKAN CELUP TEPUNG

Bahan batter gorengan

2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gorengan kentucky
1 biji telur [saiz kecil]
air secukup nya [dalam 1/2 cawan]

ikan ..[bersihkan saperti biasa]
[selayang..kembung..selar]

minyak yg banyak

GUNAKAN IKAN SELAYANG ATAU IKAN SARDIN

SOS CILI

10 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
2 s/b cuka
1 cawan air
1 s/b gula
garam
[ semua bahan mesin dan masakkkan sehinggga pekat]
jika suka boleh sediakan bijan goreng tanpa minyak.

Cara
1. Panasakan minyak. [memang kena gunakan minyak yg banyak dan panas]
2. Bancuhkan adunan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. [tengukkan kepekatan adunan saperti kueh cara/pankek.]
3. Celupkan ikan sekor demi sekor dan goreng sehinggan garing.
4. Angkat dan toskan secukupnya.
5. Hidangkan dengan sos cili.

Selain itu sotong celup tepung juga tidak kurang sedapnya berbanding ikan celup tepung. Ia merupakan paling yang popular juga berbanding ikan celup tepung kerana kesedapan dan kerangupannya yang memikat selera.


Kalau kita tengok di tepi-tepi pantai terengganu biasanya menjual pelbagai jenis makanan yang disalut tepung yang amat menyelerakan dan sangat diminati seperti "pisang goreng".

Wednesday, May 26, 2010

-PiaLa MoNSuN-


MALAYSIA sentiasa mendapat perhatian dunia apabila menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa.
Terbaru, Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun telah dipilih sebagai penerima anugerah Acara Terbaik Keseluruhan dalam siri World Match Racing Tour (WMRT) 2009.
Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Malaysia sekali lagi berjaya membuktikan kehebatan dalam mengacarakan kejohanan bertaraf dunia.
“Perkara ini turut diakui oleh badan induk sukan kapal layar dunia yang mengatakan bahawa kita mampu memberikan yang terbaik untuk kapal layar.


Piala Monsun menang tiga anugerah WMRT

MALAYSIA sudah lama diiktiraf sebagai negara yang paling sempurna untuk menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia dan awal bulan ini, reputasi itu diperkukuhkan lagi dengan kejayaan Piala Monsun sebagai kejohanan terbaik keseluruhan dalam kalendar prestij Jelajah World Match Racing (WMRT).
Kejohanan yang memasuki usia enam tahun dan dianggap seperti Formula Satu pelayaran itu turut memenangi dua lagi anugerah WMRT - Pengalaman Penonton Terbaik dan Pembaharuan Terbaik.


Peluang
Anugerah Pengalaman Penonton Terbaik diberi kepada Piala Monsun atas inisiatif penganjur untuk menawarkan 'tempat duduk panas' , yang memberi peluang kepada penonton terpilih untuk menyertai kru setiap bot bertanding sepanjang saingan mengelilingi Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di Pulau Duyong, Terengganu.


"Kami sangat berbangga memenangi tiga anugerah untuk 2009 dan bersedia memastikan kecemerlangan ini akan diteruskan pada masa akan datang.
"Saya percaya, anugerah ini merupakan pengiktirafan antarabangsa kepada penganjuran kita yang cemerlang, selain akan memperluaskan pengaruh sukan pelayaran serta menarik lebih ramai peminat dan syarikat untuk melibatkan diri,'' kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Bagi WMRT, anugerah tahunan ini mampu meningkatkan motivasi komuniti pelayaran antarabangsa untuk lebih komitmen dan memperbaiki perlumbaan, selain menghadirkan suasana lebih kompetitif di kalangan penganjur.
Pemangku presiden WMRT, Peter Gilmour berkata, anugerah tahunan ini juga diharap dapat menjadi aspirasi kepada semua yang terlibat dalam sukan pelayaran untuk membangunkan sukan ini dan menjadikan ia lebih cemerlang.
"Anugerah ini akan menaikkan motivasi dan meningkatkan komitmen penganjur untuk memperbaiki pengurusan perlumbaan,'' kata Gilmour.

Dipetik daripada Utusan

Tuesday, May 25, 2010

-PeNGaNgKuTaN uNiK-


LM dulu masa dekat universiti selalu naik bas keranda... bestttt.... best sebab bas tu unik, kat terengganu je ada tau... best sebab bas ni masuk terus dalam universiti.. kalau nak pergi shopping kat mydin ke kat bandar ke senang hehe.. tak payah nak penat-penat berjalan kaki ke perhentian bas.. jauh jugak kot dari asrama ke perhentian bas depan universiti.. dah pkai bedak cantik-cantik, penat berjalan dah cair mekap hehe... rugi kan.. bukan murah bedak.. 

Terdapat 2 jenis pengangkutan yang paling unik di Kuala Terengganu iaitu bas bandar dan beca yang boleh didapati dengan mudah di sekitar Kuala Terengganu. Kedua-dua pengankutan ini amat popular di kalangan pelancong yang berkunjung ke terengganu khususnya di kalangan pelancong asing.

Di atas ini boleh dilihat seorang pemandu beca di bandar Kuala Terengganu yang selesa dipanggil dengan gelaran "pok cik" yang masih setia memberikan pekhidmatan beca walaupun di tengah cuaca yang panas terik dan hujan lebat.


Ruang dalam bas bandar terengganu


Ini merupakan bas bandar di kota kuala terengganu. Di mana ia hanya boleh dilihat di sekitar bandar kuala terengganu. Inilah yang menjadi salah satu tarikan utama bagi pelancong dalam dan luar negara kerana keunikannya. bas ini juga digelar sebagai bas keranda kerana rupanya yang diperbuat daripada kayu-kayan. rekaan dalamannya juga dihias indah dengan ukiran yang amat cantik dan dilengkapi dengan peralatan kayu termasuklah kerusinya yang juga terdiri daripada kayu juga.


Monday, May 24, 2010

-LaKSa TeReNggaNu (KuaH MeRaH)-

LAKSA TERENGGANU (KUAH MERAH)

Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]

Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
50 gm gajus
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih
Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam
Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
50 gm gula melaka
60 gm kerisik
60 gm rempah gulai bunga rose
5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa





Bahan mesin
100 gm cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Gunakan ikan selayang

Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan