Friday, May 28, 2010

-MaKaNaN PoPuLar TePi PaNTai-

Sedapnya makanan di atas hingga menjilat jari. Ini ialah ikan celup tepung iaitu makanan yang paling popular dan sangat sinnomin jika dimakan ditepi pantai. Ia akan menjadi lebih nikmat jika ditambah dengan minuman air kelapa tambahan pula ditiup dengan angin-angin sepoi-sepoi bahasa yang sangat menyamankan.


IKAN CELUP TEPUNG

Bahan batter gorengan

2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gorengan kentucky
1 biji telur [saiz kecil]
air secukup nya [dalam 1/2 cawan]

ikan ..[bersihkan saperti biasa]
[selayang..kembung..selar]

minyak yg banyak

GUNAKAN IKAN SELAYANG ATAU IKAN SARDIN

SOS CILI

10 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
2 s/b cuka
1 cawan air
1 s/b gula
garam
[ semua bahan mesin dan masakkkan sehinggga pekat]
jika suka boleh sediakan bijan goreng tanpa minyak.

Cara
1. Panasakan minyak. [memang kena gunakan minyak yg banyak dan panas]
2. Bancuhkan adunan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. [tengukkan kepekatan adunan saperti kueh cara/pankek.]
3. Celupkan ikan sekor demi sekor dan goreng sehinggan garing.
4. Angkat dan toskan secukupnya.
5. Hidangkan dengan sos cili.

Selain itu sotong celup tepung juga tidak kurang sedapnya berbanding ikan celup tepung. Ia merupakan paling yang popular juga berbanding ikan celup tepung kerana kesedapan dan kerangupannya yang memikat selera.


Kalau kita tengok di tepi-tepi pantai terengganu biasanya menjual pelbagai jenis makanan yang disalut tepung yang amat menyelerakan dan sangat diminati seperti "pisang goreng".

Wednesday, May 26, 2010

-PiaLa MoNSuN-


MALAYSIA sentiasa mendapat perhatian dunia apabila menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa.
Terbaru, Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun telah dipilih sebagai penerima anugerah Acara Terbaik Keseluruhan dalam siri World Match Racing Tour (WMRT) 2009.
Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Malaysia sekali lagi berjaya membuktikan kehebatan dalam mengacarakan kejohanan bertaraf dunia.
“Perkara ini turut diakui oleh badan induk sukan kapal layar dunia yang mengatakan bahawa kita mampu memberikan yang terbaik untuk kapal layar.


Piala Monsun menang tiga anugerah WMRT

MALAYSIA sudah lama diiktiraf sebagai negara yang paling sempurna untuk menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia dan awal bulan ini, reputasi itu diperkukuhkan lagi dengan kejayaan Piala Monsun sebagai kejohanan terbaik keseluruhan dalam kalendar prestij Jelajah World Match Racing (WMRT).
Kejohanan yang memasuki usia enam tahun dan dianggap seperti Formula Satu pelayaran itu turut memenangi dua lagi anugerah WMRT - Pengalaman Penonton Terbaik dan Pembaharuan Terbaik.


Peluang
Anugerah Pengalaman Penonton Terbaik diberi kepada Piala Monsun atas inisiatif penganjur untuk menawarkan 'tempat duduk panas' , yang memberi peluang kepada penonton terpilih untuk menyertai kru setiap bot bertanding sepanjang saingan mengelilingi Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di Pulau Duyong, Terengganu.


"Kami sangat berbangga memenangi tiga anugerah untuk 2009 dan bersedia memastikan kecemerlangan ini akan diteruskan pada masa akan datang.
"Saya percaya, anugerah ini merupakan pengiktirafan antarabangsa kepada penganjuran kita yang cemerlang, selain akan memperluaskan pengaruh sukan pelayaran serta menarik lebih ramai peminat dan syarikat untuk melibatkan diri,'' kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Bagi WMRT, anugerah tahunan ini mampu meningkatkan motivasi komuniti pelayaran antarabangsa untuk lebih komitmen dan memperbaiki perlumbaan, selain menghadirkan suasana lebih kompetitif di kalangan penganjur.
Pemangku presiden WMRT, Peter Gilmour berkata, anugerah tahunan ini juga diharap dapat menjadi aspirasi kepada semua yang terlibat dalam sukan pelayaran untuk membangunkan sukan ini dan menjadikan ia lebih cemerlang.
"Anugerah ini akan menaikkan motivasi dan meningkatkan komitmen penganjur untuk memperbaiki pengurusan perlumbaan,'' kata Gilmour.

Dipetik daripada Utusan

Tuesday, May 25, 2010

-PeNGaNgKuTaN uNiK-


LM dulu masa dekat universiti selalu naik bas keranda... bestttt.... best sebab bas tu unik, kat terengganu je ada tau... best sebab bas ni masuk terus dalam universiti.. kalau nak pergi shopping kat mydin ke kat bandar ke senang hehe.. tak payah nak penat-penat berjalan kaki ke perhentian bas.. jauh jugak kot dari asrama ke perhentian bas depan universiti.. dah pkai bedak cantik-cantik, penat berjalan dah cair mekap hehe... rugi kan.. bukan murah bedak.. 

Terdapat 2 jenis pengangkutan yang paling unik di Kuala Terengganu iaitu bas bandar dan beca yang boleh didapati dengan mudah di sekitar Kuala Terengganu. Kedua-dua pengankutan ini amat popular di kalangan pelancong yang berkunjung ke terengganu khususnya di kalangan pelancong asing.

Di atas ini boleh dilihat seorang pemandu beca di bandar Kuala Terengganu yang selesa dipanggil dengan gelaran "pok cik" yang masih setia memberikan pekhidmatan beca walaupun di tengah cuaca yang panas terik dan hujan lebat.


Ruang dalam bas bandar terengganu


Ini merupakan bas bandar di kota kuala terengganu. Di mana ia hanya boleh dilihat di sekitar bandar kuala terengganu. Inilah yang menjadi salah satu tarikan utama bagi pelancong dalam dan luar negara kerana keunikannya. bas ini juga digelar sebagai bas keranda kerana rupanya yang diperbuat daripada kayu-kayan. rekaan dalamannya juga dihias indah dengan ukiran yang amat cantik dan dilengkapi dengan peralatan kayu termasuklah kerusinya yang juga terdiri daripada kayu juga.


Monday, May 24, 2010

-LaKSa TeReNggaNu (KuaH MeRaH)-

LAKSA TERENGGANU (KUAH MERAH)

Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]

Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
50 gm gajus
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih
Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam
Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
50 gm gula melaka
60 gm kerisik
60 gm rempah gulai bunga rose
5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa





Bahan mesin
100 gm cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Gunakan ikan selayang

Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan

-KeRoPoK LeKoR-

Keropok lekor memang sedap dan menyelerakan jika dimakan semasa panas. Ia merupakan makanan yang paling popular di terengganu dimana ia dapat dilihat apabila terdapat banyak gerai-gerai yang menjual kerpok lekor di tepi-tepi jalan di terengganu.


Terdapat banyak keropok lekor di Malaysia tetapi tiada yang dapat menandingi keropok lekor terengganu. Keropok lekor terenggano sangat popular di seluruh Malaysia sehinggakan ia menjadi barang yang wajib dibeli selain batik jika ada pelancong dari negeri yang lain berkunjung ke Terengganu. Tambahan pula ia bukan sahaja menjadi kegilaan pelancong dari dalam negara sahaja malahan pelancong luar negara juga.

BAHAN-BAHANNYA:

4 mangkuk iakan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air batu ikut kesesuaian adunan


CARA MEMBUATNYA:

Bersihkan ikan
Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
Masukkan tepung sagu
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air

Untuk membuat keropok lekor anda boleh menggunakan
ikan tamban
atau ikan selayang


TIPS
Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
Tambahkan air batu jika adunan terkeras
Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng

CILI CICAH (S0S) KEROPOK LEKOR

BAHAN-BAHANNYA

1 mangkuk air asam jawa
2 mangkuk cili kering yang siap dimesin
1 mangkuk gula pasir
4 keping gula kabung atau gula merah

CARA MEMBUATNYA
Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung


Wednesday, May 19, 2010

-SeJaRaH MuZiuM NeGeRi TeReNggaNu-


Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977.

Dari segi rentetan sejarahnya, hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Muzium Negeri ini tercetus sejak awal tahun 1920 an lagi natijah daripada peristiwa perjumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang bersejarah ini telah melahirkan rasa kegembiraan dan rasa kesyukuran seluruh rakyat Negeri Terengganu pada waktu itu. Namun, masalah timbul kerana ketiadaan tempat untuk menyimpan batu bersejarah ini. Keadaan ini telah mencabar dan menyedarkan pimpinan negeri itu betapa pentingnya negeri ini mempunyai Muzium sendiri.



Ekoran daripada itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah tiada pilihan selain memperkenankan Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Menteri Besar Terengganu pada masa itu Dato’ Haji Ngah Mohd Bin Yusof telah bersetuju dengan surat jawapan daripada Penasihat British yang berbunyi :

" Maka apakala diadakan Muzium di dalam Terengganu kelak ataupun tempat lain yang munasabah bolehlah kerajaan mengambil balik pula pada bila-bila masa yang dikehendaki adanya "



Berikutan itu, kesedaran serta semangat untuk menpunyai Muzium sendiri semakin memuncak. Pada tahun 1955, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Haji Kamaruddin Bin Haji Idris ( Menteri Besar Terengganu ketika itu ), telah menubuhkan satu jawatankuasa serta membayangkan hasrat untuk mewujudkan Muzium di Negeri Terengganu. Jawatankuasa ini telah dianggotai oleh Y.B.M. Engku Pengiran Anom, Haji Mohd Salleh Bin Haji Awang, Cikgu Muhamad Akil Bin Atan serta Haji Wan Endut Bin Othman. Peranan utama jawatankuasa ini ialah untuk mengumpul dan memperolehi barang-barang lama dan bersejarah. Namun begitu, perjalananan jawatankuasa ini terbantut kerana masalah kewangan dan peruntukan undang-undang.

Kesinambungan daripada itu, pada 14 januari 1960, Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Andika Indera, Encik Ishak Bin Mohd Isa telah membuat satu perjumpaan dan hasilnya, satu persetujuan dicapai sebulat suara untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Barang Lama dan Sejarah Peringkat Negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Haji Mohd Saleh Bin Haji Awang ) berperanan sebagai Setiausaha. Serentak dengan itu, satu peruntukan telah diwujudkan di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membeli barang dan koleksi warisan sejarah serta budaya negeri Terengganu. Kerja-kerja pengumpulan barang dan koleksi mula digiatkan mulai Julai 1960 dan ianya telah ditempatkan di dalam almari di satu sudut khas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Jalan Cherung Lanjut, Kuala Terengganu.
Perkembangan yang positif ini telah mengorak langkah yang lebih luas lagi dan hasrat untuk mempunyai Muzium sendiri semakin mendapat perhatian dan sokongan Kerajaan Negeri . Pada 3 Febuari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Wira Jaya, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu. Dengan pembentukan jawatankuasa ini, hasrat untuk menubuhkan Muzium Negeri mula menampakkan bibit-bibit kejayaan khususnya apabila termaktubnya Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu ( Enakmen Bil 9/ 1976 ).


Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, kerja-kerja pengumpulan dan perolehan barang-barang lama dan bersejarah diteruskan dengan lebih giat. Operasi dan fungsi muzium terus diperluaskan. Pada waktu itu, dua orang tokoh yang memainkan peranan yang penting di dalam mengemudikan perkembangan dan kemajuan Muzium Negeri ialah Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Saleh Bin Awang ) dan Tuan Haji Othman Bin Haji Ali. Kerja-kerja penyelidikan, galicari dan pemuliharaan bangunan lama yang bersejarah telahpun dimulakan.



Era tahun 1980 an telah meningkatkan lagi perkembangan Muzium Negeri. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri. Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan Pengarah.

Pada bulan April 1994, sekali lagi berlaku perubahan yang menarik di dalam sejarah Muzium Negeri. Ini kerana segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran telah berpindah ke ‘ rumah baru ‘, iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.

-MaSJiD TeNgKu ZaHaRaH a.k.a MaSJiD TeRaPuNg-

Terengganu ni sebenarnya banyak senibina yang ada rekabentuk yang cantik-cantik... masjid dekat sana cantik-cantik... masjid terapung ni LM selalu singgah masa outing.. pastu lepas solat bergambar cikit hehe, sambil menyelam minum air... dekat tasik tu banyak ikan.. air jernih sangat.. cantik hehe...

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Al-Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia

Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun islam dan gabungan senibina tempatan.

Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakalawanita di bahagian atas.

Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.

Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.


-MaSJiD aBiDiN a.k.a MaSJiD PuTiH-

Masjid putih ni LM selalu pergi masa nak balik ke kampung ke atau masa baru sampai ke Terengganu dari kampung... LM kalau nak balik kampung bertolak dari universiti awal... bertolak pukul 5.30 petang, nak naik basnya pukul 9 malam... jenuh nak menunggu... tapi selamat la, tak kalut sangat dan confirm tak tertinggal bas... takut kot kalau tertinggal bas.. pakat tak balik ke kampung la, duduk je dekat universiiti sorang-sorang... dahla tiket ke Pulau Pinang tu cepat je habis, kalau beli seminggu sebelum balik memang tak de la jawabnya.. LM selalu beli sebulan or 3 minggu sebelum balik.. tu pon kadang-kadang duduk kerusi belakang sekali huhu... kadang-kadang kalau cuti 3 ke 4 hari LM tak balik.. sebab LM rasa membazir la.. tiket pergi balik dah nak dekat seratus.. lepas tu bila balik, ada je yang memesan keropok lekor la apa le.. penat kot nak mengangkut.. beg bagasi penuh dengan keropok lekor je.. berat giler, sampai patah kaki beg bagasi LM.... selalu LM memang duduk sorang-sorang jela dalam bilik.. kalau ada pon yang tinggal budak sabah dan sarawak 2, 3 orang dalam satu bangunan... bukan satu bilik yer... 1 bangunan, kadang-kadang 1 aras kosong terus... suasana punya la sunyi... takut tu ada.. tapi beranikan diri jugak la, alhamdulillah LM tak pernah diganggu oleh makhluk-makhluk halus semasa di universiti... kawan-kawan LM banyak yang kena kacau, kena tindih ada.. kena histeria ada.. fuhhh menakutkan... tapi biasala, mende-mende halus memang banyak pon kat mana-mana..


Masjid ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II (juga dikenali sebagai Marhum Masjid) di antara tahun 1793 - 1808. Asal usul pembinaan adalah daripada kayu namun pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar (dikenali Marhum Baginda), kira-kira pada tahun 1852, bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu.


Sekali lagi masjid ini melalui pengubahsuaian pada tahun 1981 pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masjid ini diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Selain daripada pembaikan ini, tiang-tiang batu bulat turut dibina dan tiga buah menara dinaikkan.


Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1972, ianya diperbesarkan demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah. Turut didirikan sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah kubah di atas sutoh bangunan Masjid Abidin. Keistimewaan masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah mimbar berukiran yang unik di dalam masjid ini.



Pada awal pembinaan masjid ini, tiang seri atau tiang di tengah-tengah masjid masih belum dibina. Juga terdapat hanya sebuah kubah yang dibuat berasingan daipada kayu dan beratap kayu berlian, serta mempunyai 6 buah kolah sahaja. Di dalam pemerintahan almarhum Sultan Zainal Abidin III, barulah binaan masjid ynag lama itu dibesarkan seperti keadaan sekarang. Sebelum tiang dibahagian tengah masjid ditambah, hanya terdapat dinding tembok diperbuat daripada simen, didirikan sutoh dan tiga menara sahaja.


Pada tahun 1881, Sultan Ahmad II ibni Yang Dipertua Muda Tengku Mahmud telah membangunkan kubah masjid ini bagi menggantikan kubah lama yang telah dibina pada masa pemrintahan Sultan Umar. Satu istiadat telah diadakan sempena upacara tersebut pada jam 7.00 pagi, Sabtu 1hb Jamadil Akhir 1298H (1881M). 16 das tembakan meriam menandakan rasminya penggunaan kubah baru di masjid ini.