Suatu anugerah daripada Tuhan. Dasar laut yang hebat. Anugerah yang tidak ternilai.
Di atas adalah beberapa ungkapan yang selalunya diucapkan oleh pengunjung-pengunjung yang terpesona dengan kecantikan dan keindahan pulau ini. Sejak berabad lamanya ia telah menambat hati ramai orang dan sehingga kini ia masih menjadi salah satu tarikan yang sempurna di Pantai Timur. Ia satu-satunya Pulau Perhentian.
Terdapat dua tanah besar utama yang boleh anda jadikan tempat tinggal di Pulau Perhentian. Perhentian Besar merupakan yang paling besar, dengan kawasan penginapan tersebar kepada tiga buah pantai. Gugusan chalet dan rumah peranginan dengan permandangan indah lautan yang biru menanti kunjungan anda. Bayangkan anda didodoikan oleh bunyi deruan ombak yang memecah pantai dan bangun pagi dengan udara yang nyaman lagi menyegarkan... tentunya amat mendamaikan dan sekaligus menjadikan anda amat tenang dan selesa.
Kepada sesiapa yang suka menyelam, anda mungkin mahu mencuba kursus menyelam semasa berada di sini. Terdapat banyak pusat-pusat menyelam dengan pakar menyelam yang sentiasa bersedia untuk mengajar mereka-mereka yang menceburkan diri di dalam aktiviti menyelam.
Salah satu kawasan menyelam di sini termasuklah The Pinnacle (juga dikenali dengan nama Tokong Laut), di mana di sini terdapat puncak yang tinggi keluar daripada dasar lautan. Terdapat juga Sugar Wreck, yang karam pada musim monsun 1999. Di tempat kapal ranap ini terdapatnya sebuah taman marin kecil dengan jumlah ikan yang sangat banyak. Sekumpulan ikan alu-alu kecil amat mudah ditemui di sekeliling kapal ranap ini, begitu juga dengan ikan merah (red snappers) dan juga ikan landuk (sweetlips).
Jika anda merupakan seorang yang sukakan pantai, berseronoklah berenang di dalam air ataupun berjemur di bawah terik matahari. Jangan lupa, ia merupakan percutian anda di Perhentian, jadi bergembiralah sesuka hati anda.
haiii. mind u follow me back?
ReplyDelete