Monday, May 24, 2010

-KeRoPoK LeKoR-

Keropok lekor memang sedap dan menyelerakan jika dimakan semasa panas. Ia merupakan makanan yang paling popular di terengganu dimana ia dapat dilihat apabila terdapat banyak gerai-gerai yang menjual kerpok lekor di tepi-tepi jalan di terengganu.


Terdapat banyak keropok lekor di Malaysia tetapi tiada yang dapat menandingi keropok lekor terengganu. Keropok lekor terenggano sangat popular di seluruh Malaysia sehinggakan ia menjadi barang yang wajib dibeli selain batik jika ada pelancong dari negeri yang lain berkunjung ke Terengganu. Tambahan pula ia bukan sahaja menjadi kegilaan pelancong dari dalam negara sahaja malahan pelancong luar negara juga.

BAHAN-BAHANNYA:

4 mangkuk iakan tamban atau selayang
6 mangkuk tepung sagu
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air batu ikut kesesuaian adunan


CARA MEMBUATNYA:

Bersihkan ikan
Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Mesinkan sekali lagi dan campurkan air batu
Masukkan tepung sagu
Pastikan adunan tadi tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air

Untuk membuat keropok lekor anda boleh menggunakan
ikan tamban
atau ikan selayang


TIPS
Sukat dengan menggunakan mangkuk yang sama
Tambahkan isi ikan dan tepung sagu jika adunan lembik
Tambahkan air batu jika adunan terkeras
Keropok ini boleh dimakan selepas direbus, distim atau digoreng
Untuk disimpan lama, masukkan keropok ke dalam bekas logam seperti periuk kecil atau bekas tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk
Jika hendak dimakan, keluarkan dan basuh dengan air panas mendidih sebelum digoreng

CILI CICAH (S0S) KEROPOK LEKOR

BAHAN-BAHANNYA

1 mangkuk air asam jawa
2 mangkuk cili kering yang siap dimesin
1 mangkuk gula pasir
4 keping gula kabung atau gula merah

CARA MEMBUATNYA
Campurkan kesemua bahan tadi di dalam satu bekas
Masak sehingga sos cili mendidih dan likat / pekat
Untuk sos yang pedas kurangkan gula pasir atau gula kabung


No comments:

Post a Comment