Wednesday, May 26, 2010

-PiaLa MoNSuN-


MALAYSIA sentiasa mendapat perhatian dunia apabila menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa.
Terbaru, Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun telah dipilih sebagai penerima anugerah Acara Terbaik Keseluruhan dalam siri World Match Racing Tour (WMRT) 2009.
Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Malaysia sekali lagi berjaya membuktikan kehebatan dalam mengacarakan kejohanan bertaraf dunia.
“Perkara ini turut diakui oleh badan induk sukan kapal layar dunia yang mengatakan bahawa kita mampu memberikan yang terbaik untuk kapal layar.


Piala Monsun menang tiga anugerah WMRT

MALAYSIA sudah lama diiktiraf sebagai negara yang paling sempurna untuk menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia dan awal bulan ini, reputasi itu diperkukuhkan lagi dengan kejayaan Piala Monsun sebagai kejohanan terbaik keseluruhan dalam kalendar prestij Jelajah World Match Racing (WMRT).
Kejohanan yang memasuki usia enam tahun dan dianggap seperti Formula Satu pelayaran itu turut memenangi dua lagi anugerah WMRT - Pengalaman Penonton Terbaik dan Pembaharuan Terbaik.


Peluang
Anugerah Pengalaman Penonton Terbaik diberi kepada Piala Monsun atas inisiatif penganjur untuk menawarkan 'tempat duduk panas' , yang memberi peluang kepada penonton terpilih untuk menyertai kru setiap bot bertanding sepanjang saingan mengelilingi Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di Pulau Duyong, Terengganu.


"Kami sangat berbangga memenangi tiga anugerah untuk 2009 dan bersedia memastikan kecemerlangan ini akan diteruskan pada masa akan datang.
"Saya percaya, anugerah ini merupakan pengiktirafan antarabangsa kepada penganjuran kita yang cemerlang, selain akan memperluaskan pengaruh sukan pelayaran serta menarik lebih ramai peminat dan syarikat untuk melibatkan diri,'' kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Bagi WMRT, anugerah tahunan ini mampu meningkatkan motivasi komuniti pelayaran antarabangsa untuk lebih komitmen dan memperbaiki perlumbaan, selain menghadirkan suasana lebih kompetitif di kalangan penganjur.
Pemangku presiden WMRT, Peter Gilmour berkata, anugerah tahunan ini juga diharap dapat menjadi aspirasi kepada semua yang terlibat dalam sukan pelayaran untuk membangunkan sukan ini dan menjadikan ia lebih cemerlang.
"Anugerah ini akan menaikkan motivasi dan meningkatkan komitmen penganjur untuk memperbaiki pengurusan perlumbaan,'' kata Gilmour.

Dipetik daripada Utusan

No comments:

Post a Comment