Wednesday, May 19, 2010

-MaSJiD aBiDiN a.k.a MaSJiD PuTiH-

Masjid putih ni LM selalu pergi masa nak balik ke kampung ke atau masa baru sampai ke Terengganu dari kampung... LM kalau nak balik kampung bertolak dari universiti awal... bertolak pukul 5.30 petang, nak naik basnya pukul 9 malam... jenuh nak menunggu... tapi selamat la, tak kalut sangat dan confirm tak tertinggal bas... takut kot kalau tertinggal bas.. pakat tak balik ke kampung la, duduk je dekat universiiti sorang-sorang... dahla tiket ke Pulau Pinang tu cepat je habis, kalau beli seminggu sebelum balik memang tak de la jawabnya.. LM selalu beli sebulan or 3 minggu sebelum balik.. tu pon kadang-kadang duduk kerusi belakang sekali huhu... kadang-kadang kalau cuti 3 ke 4 hari LM tak balik.. sebab LM rasa membazir la.. tiket pergi balik dah nak dekat seratus.. lepas tu bila balik, ada je yang memesan keropok lekor la apa le.. penat kot nak mengangkut.. beg bagasi penuh dengan keropok lekor je.. berat giler, sampai patah kaki beg bagasi LM.... selalu LM memang duduk sorang-sorang jela dalam bilik.. kalau ada pon yang tinggal budak sabah dan sarawak 2, 3 orang dalam satu bangunan... bukan satu bilik yer... 1 bangunan, kadang-kadang 1 aras kosong terus... suasana punya la sunyi... takut tu ada.. tapi beranikan diri jugak la, alhamdulillah LM tak pernah diganggu oleh makhluk-makhluk halus semasa di universiti... kawan-kawan LM banyak yang kena kacau, kena tindih ada.. kena histeria ada.. fuhhh menakutkan... tapi biasala, mende-mende halus memang banyak pon kat mana-mana..


Masjid ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II (juga dikenali sebagai Marhum Masjid) di antara tahun 1793 - 1808. Asal usul pembinaan adalah daripada kayu namun pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar (dikenali Marhum Baginda), kira-kira pada tahun 1852, bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu.


Sekali lagi masjid ini melalui pengubahsuaian pada tahun 1981 pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masjid ini diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Selain daripada pembaikan ini, tiang-tiang batu bulat turut dibina dan tiga buah menara dinaikkan.


Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1972, ianya diperbesarkan demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah. Turut didirikan sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah kubah di atas sutoh bangunan Masjid Abidin. Keistimewaan masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah mimbar berukiran yang unik di dalam masjid ini.



Pada awal pembinaan masjid ini, tiang seri atau tiang di tengah-tengah masjid masih belum dibina. Juga terdapat hanya sebuah kubah yang dibuat berasingan daipada kayu dan beratap kayu berlian, serta mempunyai 6 buah kolah sahaja. Di dalam pemerintahan almarhum Sultan Zainal Abidin III, barulah binaan masjid ynag lama itu dibesarkan seperti keadaan sekarang. Sebelum tiang dibahagian tengah masjid ditambah, hanya terdapat dinding tembok diperbuat daripada simen, didirikan sutoh dan tiga menara sahaja.


Pada tahun 1881, Sultan Ahmad II ibni Yang Dipertua Muda Tengku Mahmud telah membangunkan kubah masjid ini bagi menggantikan kubah lama yang telah dibina pada masa pemrintahan Sultan Umar. Satu istiadat telah diadakan sempena upacara tersebut pada jam 7.00 pagi, Sabtu 1hb Jamadil Akhir 1298H (1881M). 16 das tembakan meriam menandakan rasminya penggunaan kubah baru di masjid ini.

No comments:

Post a Comment